Saturday 24 November 2012

Gaki no Tsukai

OhoHoi~

Tiba-tiba rasa kerajinan nak tulis blog. Ini bukanlah blog aku yang pertama, sebelum ni pernah ada blog tapi aku tutup diatas sebab kemalasan men'update' entri baru. Kali ni, blog baru dan entri baru ye.

Lagi 2 minggu dah nak habis Latihan Industri. Rasa makin malas nak siapkan report dan update buku log. Ini semua gara-gara ketagihan aku menonton Gaki no Tsukai datang balik. Sehari tak tengok, memang tak sah. Sudah semestinya aku akan ketawa macam nk rak bila tengok show ni.

Apa ceritanya Gaki no Tsukai ni?!
Bagi sesiapa yang tak pernah tengok, hatta tak pernah tahu pun apa bendanya cerita Gaki no Tsukai ni, meh kita bagitahu. Downtown no Gaki no Tsukai ya Arahende!! atau lebih mesra dengan panggilan Gaki no Tsukai merupakan sebuah variety show Jepun yang dihoskan oleh duo pelawak Jepun yang femes Matsumoto Hitoshi dan Hamada Masatoshi (Downtown) dan hos-hos lain iaitu Yamasaki Hosei serta Endo Shozo dan Tanaka Naoki (Cocorico). Mereka ni jugalah merupakan member tetap Gaki no Tsukai Kesemua mereka ni adalah pelawak-pelawak atau owarai dalam bahasa Jepunnya. Bagi yang dah pernah tengok, tahniah aku ucapkan sebab aku rasa tak ramai yang pernah tengok show ni. Anda memang hebatlah!

Yamasaki yg 'Baby-faced'



Dalam show ni ada banyak segment tapi yang paling femes sudah semestinya Batsu Games yang melibatkan seorang atau beberapa orang member yang lain. Batsu bermaksud hukuman atau denda. Kenapa kena denda pula? Ini sebab sebelum tu mereka ada kalah pertandingan, betting atau cabaran-cabaran lain. Batsu games (No Laughing) ini mmg anually ada dan setiap tahun mesti ada tema tersendiri lah. Macam tahun 2005, tema dia No Laughing High School dan masa ni aku first time aku discover show ni dan terus jatuh hati dengan kelawakkannya. Konsep batsu games ni, siapa yang ketawa akan "OUT" dan disebat punggungnya. Extrem woh nak tahan gelak sbb produser dorang ni dah setting baek punya sampailah dorang ni tak dapat nak tahan ketawa.

 Logo-logo Batsu Games sejak tahun 2000
Jadi, apa yg best sangat tengok orang ketawa lepas tu kena sebat punggung ni sampai aku ketagih macam orang kecanduan?! Aku pun kurang pasti sebab masa mula-mula aku discover show ni, mmg aku ketawa macam nak rak. Aku cuba tunjuk kat adik aku, nak share kerianganlah konon. Sumpah, dia kata tak lawak weh. Kawan-kawan aku yang lain pun mana pernah tengok ni. Bagi aku, yang lawaknya bila mereka kena tahan ketawa padahal ada benda lawak gila tengah jadi depan dorang. Satu lagi, perangai dorang yang gila-gila terutamanya Matsumoto yang suka buat orang ketawa. Lagipun, mereka ni ada sense of humor yang sangat kuat sampai orang lain boleh ketawa tengok aksi-aksi mereka.

Setakat ke hari ni, hampir semua siri batsu games aku dah tengok. Semuanya memang lawak dan sampai nk cramp perut aku ketawa. Of course, tak sabar nak tunggu batsu game tahun ni. Tema dia "Enthusiastic Teachers" dan confirm hilarious macam tahun-tahun sebelum ni. Aku agak mesti Matsumoto yang akan paling banyak kena sebat lagi macam tahun-tahun sudah.

Matsumoto masa zaman muda-muda. Kacak juak!

Jadi, kepada sesiapa yang nak tengok show ni, korang bolehlah tengok kat SINI. Banyak gila segmen GNT yang lain yang korang boleh tengok selain daripada batsu games ddan confirm sekali tengok korang mesti rasa nak tengok lagi. Nanti adalah geng aku nak ketagih sama-sama. haha!